Friday 16 December 2011

nukilan #1

Hidup ini tidak semestinya indah. Adakalanya kita dijulang tinggi ke langit, adakalanya juga kita jatuh tersembam di muka bumi. Sakit. Ya. Itu apa yang aku rasa. Namun hidup tetap harus diteruskan. Kerana ini masih belum penghunjung dunia.

Pengalaman gagal memang memberi tamparan yang hebat buat aku. Bukan kerana aku ego atau sombong dengan apa yang telah aku peroleh selama ini. Mungkin kerana aku sering lupa pada yang Satu dan mungkin juga ini adalah teguran untuk aku berubah. Juga sebagai pemberitahu, bahawa tiada manusia yang sempurna. Pasti ada cacat celanya, pasti ada kelemahannya.

Dicemuh, dicerca dan diejek sudah biasa menjadi permainanku. Hari-hariku bukan mudah kerana aku terpaksa berdepan dengan hakikat bahawa aku bukan lagi aku yang dahulu. Memang mudah sekadar hendak berkata-kata, tapi bagi yang merasa, ia tidak mungkin mudah. Hanya yang pernah melaluinya sahaja yang akan merasai.

Aku ingin sekali kongsi pengalaman hidupku ini, agar kalian semua tidak berasa sendiri. Kerana dalam kesepian hidup, tika fikiran menjauh, masih ada yang mengingati. Ya, Allah Maha Melihat. Maha tahu apa isi hati semua. Mungkin boleh untuk menipu diri sendiri, tapi kepada yang Satu. Lupakan sahajalah niat itu. Kerana Dia serba tahu.

Kini aku telah sedar. Aku perlu bangkit dan mula membina angan-anganku untuk jadi sebuah reality bukan lagi fantasi.

No comments: