Thursday, 29 September 2011

perubahan

detikan jam di dinding
putaran kipas di siling
hentaman pintu berdentum denting
tidak kan mampu merubah
pergolakan hati
yg meragui akan keampunan diri

aku tidak sempurna
disebalik kejayaan yg dikecapi
banyak jua kelemahan diriku
gurauan ku yang menyakiti
tika aku mengasari
membuat kalian membenci

aku menginsafi atas kekhilafanku
buat mereka yang pernah ku sakiti
ku mohon kemaafan seikhlas hati
kerna aku mahu berubah
memperbaiki diriku yang lemah

aku mencari
yang sentiasa disisi
mengingatkan aku tentang ukhrawi
menasihatkan aku hal duniawi
menegur aku saat ku lupa diri

bimbinglah aku
agar aku boleh menjadi diri aku
seorang muslimah dan hamba yang mentaati
seorang anak yang membahagiakan
teman sepanjang hayat dalam kesenangan dan kesusahan
dan sahabat yang sentiasa mengembirakan

Wednesday, 28 September 2011

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah:

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak
derhaka denganNYA........

Wednesday, 14 September 2011

sakit

sakit..penyakit...
semuanya adalah ujian dari Allah..
apabila dah jatuh sakit, baru tahu rasa nikmat yang telah dikurniakan..
"sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosa ku"

moga aku sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur..
atas segala nikmat yang diberi..
Kau dekatkan lah aku kepadaMu..
kerana hanya pada dikaulah aku bergantung hidupku..

jalan yang pasti..

kata org..
kalau banyak gembira,pengakhiran nye duka...
tp aku, tetap mahu rasa gembira...
kerana kini...setiap tatihan langkah ku
berpimpinkan keyakinan dan kepercayaan...

aku yakin dengan pilihan ku..
aku yakin dengan Nya..
moga, langkah kaki ku tidak berhenti..
agar akhirnya aku akan berlari...
bersama-sama mengejar pelangi..
di jalan yang telah aku pasti..
yang akan memberikan aku haruman syurga di ukhrawi..

Thursday, 8 September 2011

i need strength...

how difficult life is...
help me...
i need strength to pass my days...
things is very hard for me a the moment...
do pray for my success...