Tuesday 16 October 2012

Doa Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi

Assalamualaikum wbt..
ptg2 ni rasa macam nak kongsi satu doa amalan yg my beloved papa will always pesan utk baca..

Me: Papa, alia nak exam ni. Alia takot lah..papa doakan alia ye.
Papa: InsyaAllah. jgn lupa baca doa yg papa ajar tu..

insyaAllah dengan perkongsian ini kita sama2 akan dapat faedahnya...



Diberitakan bahawa Uthman ibn Affan r.a telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran).Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya:

"Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya.Kunci pembuka Khazanah langit dan bumi adalah seperti berikut:



Seterusnya Nabi s.a.w bersabda: "Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari akan dikurnia 10 faedah:

1) Segala dosanya yang lalu akan diampunkan

2) Terlepas dari seksaan neraka

3) Dua orang malaikat akan untuk memeliharanya siang dan malam dari penyakit dan kesiksaan

4) Dia dikurnia perbendaharaan rahmat dan berkat

5) Dia mendapat pahala seperti membebaskan 100 orang hamba abdi drp keturunan Nabi Ismail a.s

6) Dia diberi pahala spt membaca seluruh al-Quran, Zabur, Taurat dan Injil

7) Sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga

8) Dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga

9) Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan

10) Permohonan keampunannya bagi 70 saudaranya akan dimakbulkan

Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari.Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum dan selepas kamu"

Nota:

Bacaan ini boleh dibaca 21 kali setiap selepas solat.Lama membacanya tidak lebih 3 atau 4 minit sahaja. (cadangan saje..boleh juga dibaca bila2 masa ketika lapang or sambil2 belajar bila dah rasa2 stuck tu..)
 
wallahualam

p/s: mane2 yg dah baca tu kongsi2 lah ngn sahabat2 lain ye..bg mereka my blog link =)


No comments: