Thursday, 29 September 2011

emosi



terdiam
terbiar
seorang
sepi

sesaat waktu menanti diisi
kekosongan ruang
kesunyian berganti
namun hati masih sepi

tiba satu waktu
tanpa disedari
jiwa dipaut
hati terpukau
keikhlasan dirimu
menambat seluruh ragaku

apakah ini?
suatu ketika ku benci pada cinta
tapi apakah yang ku rasa?
bergelumang dalam lautan perasaan
mencari makna disebalik rasa
memahami diri yang makin jauh ditarik
masuk ke alam emosi

sudah lah hati!
usah kau permainkan aku lagi!
berkali-kali sudah kau disakiti..
mengapa masih belum serik??

tetapi kali ini ku rasa sungguh berbeza
adakah ini yang pasti?
sudahkah aku bersedia menghadapi halangan dan dugaan?
yang kadangkala mungkin merobek perasaan

pasti!
sakit itu pasti..
namun ia mematangkan diri
dan kerana itu
aku beranikan diri
melangkah dan menyahut pekikkan hati

oh hati
usahlah kau berdegup kencang lagi
yakinlah dengan dirimu
moga kau takkan kecewa lagi

usahlah kau sentiasa beremosi
bermain dengan perasaan
dan tiupan nafsu amarah syaitan
yang mahu merosakkan hubungan

tenanglah dikau
agar kehidupan yang bahagia
akan ditemui
suatu hari nanti....

No comments: