Assalamualaikum semua...
Nampak kan title entry ni I wrote in bold. kenapa? sbb this entry is very2 important.
I don't know how to stress this anymore, but it is definitely very2 important..
Sebagai seorg muslim, kita wajib utk menjaga setiap aspek kehidupan kita mengikut tunututan syarak dan apa yg telah digariskan didalam Al-Quran dan Sunnah. Tak susah pon. senang je sebab Allah has given us our manual in life. How to do just about anything. Sama macam beli benda baru. Kereta, tv, peti sejuk, radio, laptop, etc. semua pun ada manual kan? kalau xde manual, macam mane nak guna benda2 tu sume dengan betol kan.. haa, macam tu lah konsepnya.
Tapi, aku bukanlah nak hurai panjang melebar semua aspek. Bukanlah seorang yg alim, juga bukan ustazah. lebih baik tanya yg lebih pakar supaya tak keliru. aku hanya share ape yg aku tahu sahaja. harap2 ia dapat membantu.
Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 168, yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan..."
So, dah dapat hint kan? Aku nak cerita isu HALAL.
dah terangkan Allah cakap makanlah makanan yg halal. Kalau kat Perth tu, ya Allah mmg lah ada restaurant makanan halal, tp sgt lah limited. sampai kadang2 naik jelak mkn kat kedai yg sama. setiap kali nak ke restaurant yg baru, kami mesti akan check sijil halal ada ke tak kat restaurant tu.
TAPI.... kalau kat Malaysia ni, brape ramai yg mmg confirm2 akan check status HALAL restaurant yg korang pergi? baik yg baru nak pergi, atau yg dah bertahun2 pegi mkn kat restaurant tu. sape yg check, cuba angkat tangan jap nak tgk... hehehe
ok2..untuk tak nak panjangkan cerita lagi, let me just get to the point, sbnarnya aku ni penggemar tegar makanan jepun. bukanlah yg raw2 tu, xleh terima sgt. kalau nak mkn yg salmon tu amek smoked salmon lah..fuh! sedapnya. *ok melalut jauh lagi
ok, sebenarnya pagi td aku call Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) utk check status halal restaurant2 makanan Jepun kat Msia ni. Ya Allah, unfortunately, TAK ADA.. I repeat, TAK ADA satu pon restaurant makanan Jepun kat Malaysia ni yang ada sijil halal dari JAKIM. Yang paling menyedihkan lagi, kitorg satu family pernah nak g makan kat Sushi King, check2 takde sijil halal, bukan ape, sbb taot dyorg masukkan SAKE (rice wine) dalam mknn. kitorg tanya lah staff kat situ, dyorg siap ckp lagi, mmg xde sijil halal lagi, tp dyorg dah mohon.
Shockingly, I checked with JAKIM, dyorg kata SUSHI KING TAK PERNAH apply utk sijil halal JAKIM. so rakan2, shabat handai, sedara mara sume, PLEASE3, stop mkn SUSHI KING ke, MR TEPPANYAKI ke, SHOGUN ke dan yg seantero dengannya.
plus, aku check jugak SEOUL GARDEN tu ada sijil halal tak. JAKIM kata, TAK ADA... mujur tak pernah makan situ lagi. ok lah, sebab dah tegar sgt minat sushi kan, so try lah pulak tanya kalau sushi kat AEON tu halal tak. Alhamdulillah, they said the whole range sushi yg jual dalam AEON tu HALAL ok. boleh mkn. aip! bukan restaurant dalam AEON tu tau. Sushi yg jual dalam supermarket AEON tu aje ok.
ok, dah bnyk sgt bgtau ni, takot makin panjang, makin korang tak berminat nak baca. paling penting skrg ni, tolonglah sebarkan maklumat ni. ini bukan SPAM ok..ini btol2 kejadian..
kalau korang nak check lagi status restaurant2 kat Malaysia ni boleh pegi kat website JAKIM ni check status halal dan masukkan nama restaurant kat dalam search box tu. produk2 pon boleh check jugak. kalau masih ragu2 jugak, haa, terus call JAKIM and tanya, jgn risau, staff dia tak makan org, baik2 je ni no 03-83150200
ok, sebarang pertanyaan, sila dropkan comment dibawah ye..
terima kasih
No comments:
Post a Comment